Friday, August 26, 2011

Salam Takziah

Arwah Ali


Pagi ni aku dikejutkn dgn berita kematian gf kwn aku. Arwah mati akibat penyakit berkaitan usus, sama2 la kt doakan arwah beliau.

Bila cerita pasal arwah2 ni, sure aku terkenang kt sorg kwn aku ni. Aku panggil dia ALI. Dia ni aku dh anggap mcm abg aku sendiri. Beza umur arwah dgn aku 6 thn camtu, byk la mende yg dia ajar aku, antaranya berkaitan skate & moto.  Arwah meninggalkn dunia pada 26 Mei 2011, punca kematian beliau disebabkn oleh langgar lari.

Mlm td semasa lepak pn kitorang (aku & kwn2) ad berborak pasal dia. Dia kalau gi tarawikh sure buat full, hari2..semasa perkenalan, aku boleh ckp la dia ni mmg seorang yg baik, bila bercakap suara mmg x pnh tinggi, rajin tolong org lain.

Entah la..sedih gak bla ak dpt berita dia dh xde, lagi2 aku dpt tau lmbt...yg sempat tgk jenazah pn sorg je sbb pastu arwah tros dihantar ke Melaka, kt kg arwah.

Ali, aku rindu ko sgt2...aku dpt sedekahkn al fatihah je utk ko sempena Hari Raya Aidilfitri ni. Al-fatihah~

p/s: bb, klcc, times square, JB, bagan lalang, tmn paramount, mont kiara, tmn metropolitan, pantai dalam, plaza pantai, sungei wang...tmpt2 yg aku pernah travel & skate dgn ko..huhu



Thursday, August 18, 2011

Tutorial Mudah: FAVICON Untuk Blog Anda


source: Google.com

Assalamualaikum
FAVICON? ya favicon la, icon kecik yg kuar kt sebelah url blog korang tu.

Dh nama pn tutorial mudah kn? ianya adalah semudah 123, tak susah pn. Mari kt tgk step-step utk menghasilkan FAVICON utk blog.

1. Sediakan/download file gambar untuk dijadikan FAVICON. Better guna gambar yg size panjang dan lebarnya sama (simetri). Kalau x simerti pn bole.

2. Click ONLINE FAVICON GENERATOR

3. Select file, pastu click CHOOSE FILE. Browse file anda.

4. Selepas browse file, pilih size FAVICON anda, pilih la ikot kehendak anda, size 48x48 pn ok.

5. Tekan GENERATE. File akan auto download.

6. Open Blogger Dashboard.

7. Click DESIGN

8. Click Edit kt FAVICON bar.

9. Browse file yg telah didownload td.

10. Choose File pastu Save.

11. Enjoy! :)


FAVICON tak keluar? try delete cache web browser anda, guna CCleaner..dari pengalaman sy kalau guna Google Chrome FAVICON kdg2 ad kdg2 tak, kalau guna Mozilla Firefox masalah tu kurang sedikit la..

Jika ada apa-apa masalah, leh je contact sy, kt sini sy ada HADIAH, sy sertakan sedikit FAVICON yg sy telah buat di bawah ini. Hope korang semua suka :)

CLICK UNTUK DOWNLOAD

DOMO 
ELMO
LOVE
ROLLING STONE
SPONGEBOB

p/s: mudah ke susah?


Tuesday, August 16, 2011

Kuih Raya!


Assalamualaikum
Skarang ni, boleh diperkatakan kt dh berpuasa separuh bulan Ramadhan, dan bile dh separuh, bahang raya pn kian terasa.

Org ramai pn berpusu-pusu shopping di pusat bandar di negeri masing2, tetapi selain shopping  bju kuih juga penting.

Ok la, gambar di atas tu hasil tangan Mak sy, kire 1st batch kuih raya yg dia selalu buat tiap2 menjelang Hari Raya Aidilfitri la. Tart nenas ni siap kelmarin, now hari2 dia buat kuih. Nmpk sedap bukan? raya nnt singgah la rumah sy :)

p/s: dh lama Mak x buatkn baju raya saya, x ske baju beli2 ni..huhu



Monday, August 15, 2011

Iftar Bersama Rakan-Rakan






Assalamualaikum
IFTAR? ohh iftar ni dinner time bln puasa, berkumpul dan berbuka beramai-ramai.

Sy dan beberapa rakan semasa belajar bersama time blaja Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, UiTM Jengka dlu dh berkumpul kelmarin, mkn Pizza Hut kt Shah Alam.  Event ni patut dibuat kt tempat lain, dan sudah dicancelkn tetepi diwujudkn kembali last min, so yg datang pn x smpi 10 org.

Hope next time leh la kumpul ramai2, mcm time Diploma dulu..bbuka sama2...mcm ni ↓



Maybe ad yg perasan, sy ckp classmate, tp kenapa gambar yg di attach kt entry ni classmate lain2? sbb time Part4 & Part5, kelas B gabung dgn kelas C, jadi lagi ramai, mcm ni ↓


Pe2 pn, stiap bulan Ramadhan, kitorang pasti try berkumpul. Kenangan time Diploma sangatlah best, byk asam garam, rindu korang sgt2.

p/s: unite smpi lebam



Saturday, August 13, 2011

Hantu Puasa

Source: Google.com

Assalamualaikum
Apa yg anda bayangkn setelah melihat gambar diatas ini? ya ianya sebuah van jenazah yg biasa, tetapi adakah ianya berhantu? Apa kaitan hantu dgn van jenazah di dalam bulan Ramadhan ini? Mari tgk gambar yg seterusnya...





↓↓↓↓↓












Souce: Google.com

Ni la hantu2 yg keluar time bln Ramadhan ni, ramai lg tp jenis ni la yg plg femes, Hantu Tak Puasa.  Jenis yg mcm ni la yg kt taknak, dh tua bangka tapi liat nk berpuasa.

Btw enty ni terhasil selepas seorang kwn menegur " Weyh ko asyik buat entry pasal bola je, muak la..buat la pasal hantu ke".....dh ade entry pasal hantu kn? HANTU PUASA PN HANTU jgk..hahahaha :P

Gambar 1st td adalah kenderaan hantu2 ini, satu2nya hantu yg berkenderaan selain Hantu Volkwagen Kuning...errr


p/s: sy x ske hantu, seram, tu buat Hantu Puasa je..haha



Friday, August 12, 2011

Murtad, IFC Ambiga & Hak Agama Islam Yg Semakin Berani Disentuh





Assalamualaikum
Sudah pasti isu murtad masih berlegar2 di pemikiran anda semua bukan? Masih ingat lg IFC (Inter Faith Commission) yg ditunjangi Ambiga dan tuntutannya? sekiranya masih tidak tahu sila CLICK SINI

Ada terbaca pasal Gereja DUMC yg dikatakan sebuah gereja haram yg baru2 ini diserbu pihak JAIS kerana dikatakan terdapat usaha untuk memurtadkan sebilangan umat Islam? Dikatakan pula ada yg diserbu tidak mengaku ISLAM walaupun di kad pengenalannya tertulis dia beragama ISLAM? Itulah mungkin antara tujuan tuntutan IFC tu, dimana agama tidak ditulis di kad pengenalan.

Di dalam serbuan berkenaan juga didapati saksi yg memberi keterangan diberi Bible versi Melayu, ya itu juga salah satu dari tuntutan IFC yg mahu Bible versi Melayu diedarkan secara umum dan terbuka.

Aku pelik jgk kenapa si MB minta JAIS minta maaf kpd pihak gereja.  Hello! diorang terang2 nak merosakkan kesucian agama Islam, leh lak nk soh minta maaf? diberitakan selepas MB berkata demikian, dia pn dihadiahkan MANGKUK TANDAS & PENYAPU. Tu baru hadiah kt dunia.

Kt sini gak aku nk tekankan usaha JAIS & Datuk Dr. Hassan Ali yg lantang bersuara atas isu ni.  Kalau bukan org Islam sendiri yg nk bela, sape lg, dan aku seru kepada umat Islam khususnya umat Islam di Malaysia sama2 berdiri mempertahankn tindakan JAIS dan Datuk Hassan Ali. Jangan biarkn org merosakkan kesucian agama ISLAM. Allahuakbar! Allahuakbar!

p/s: tak semua benda/perkara boleh diSATUkan & diubah, agama Islam itu sesuai utk sepanjang zaman!



Sekadar Ingatan & Untuk Renungan Bersama

Source: Google.com



Assalamualaikum
Sudah bersahur bukan? alhamdulillah, kt dimurahkn rezeki, dpt bersahur utk puasa hari ke 12 ni.

Sekadar untuk ingatan & renungan bersama, makan la ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang. Tapi utk bulan puasa ni, leh apply time bersahur dgn berbuka jela, jgn la bantai mkn tengahari lak,hehe.

Satu je la, time beli juadah berbuka tu jgn la beli byk2, jgn tipu la...beli la byk2, confirm smpi sahur still ad baki lg kn? btol x?hehe

Ingatlah org yg dilanda kebuluran, skit pn x mkn..kt yg alhamdulillah agak senang ni jgn la membazir, tu je la yg sy nk ingatkn.  Last thing, buang la mode ULAR SAWA selepas sahur & bbuka, haha.


p/s: syukur alhamdulillah kerana dikurniakan rezeki Allah SWT


Wednesday, August 10, 2011

No Phone Anda Appear Kt Contact FB? Cara Senang Utk Mengatasinya


Assalamualaikum
Rasa cuak/takut privasi anda dicabul di FB kerana FB tunjuk info no telefon anda?
Kacang je! follow 4 STEP yg berikut:

1. Pergi ke Edit Profile
2. Click Contact Information
3. Delete no telefon anda
4. Save

DONE!

p/s: mungkin cara ni picisan je, tp hope dpt tlg korang..hoho


Wordless Wednesday #4 - Plastic?

PVC? teka la :)


Monday, August 8, 2011

2nd Largest Pageviewer Blog Anda Datang Dari Mana?

Assalamualaikum
2nd? nape x 1st? yela 1st pageviewer confirm la dtg dari Malaysia, melainkan anda ni extra terrestrial..err btol ke?haha


Pageview dlm gmbr ni based on All Time pageview la, 2nd largest pageviewer sy dtg dari United States (USA). Sy ad buat post berbahasa English ke? ad, tp x slh sy ad la dua je camtu, nk ckp slalu mention USA pn agak jarang2 la, so xde explanation utk semua ini.

Sy pn nk tgk siapa 2nd largest pageviewer blog anda, nnt dh buat post tag sy k? hello2 la skit, kang sy x pasan..hehe :)

p/s: Jgn la ISRAEL lawat page ni, x suke!huhu

UPDATE
Since entry ni dipostkn, dh 3 org ISRAEL melawat..hoho :P




Man City Still Menang Match Td? Tak Percaya Kan?

Source: Kelab Peminat Manchester United Malaysia (Facebook)

Skarang Dh Percaya Ke Belum?HAHAHAHA

OK la, actually Manchester United yg menang td, gol 3-2.  Kali ni gambar menunjukkn segalanya



ADA GAMBAR LG,HAHA...

My image on PES 2011...:)


p/s: dh kalah pastu bengong, Manchester Shitty!




Sunday, August 7, 2011

Cerita Kedai Kopi Vol.1: Kenangan


(background music: Cerita Kedai Kopi by Malique feat. Salam)

Assalamualaikum
So ap topik time teh tarik session smlm? selain daripada mengimbau kenangan time zaman skolah + bahan2 kwn2 seround? pasal dadah.  Yup DADAH, tp bkn tanya mane nk dapat mende haram jadah tu, but cerita pasal kwn2 satu sekolah yg sedang meringkuk kt penjara + ad yg bakal kene gantung kt tali gantung disebabkn mende tu. Tp semua bkn kene tangkap time sekolah la, takot ad yg salah fhm, haha.

Cte skit la pasal sekolah menengah aku, kitorang ni sekolah kt pinggir bandar. Nk ckp sekolah bdk jahat ad la skit, time Diploma dulu ad sorang Lecturer ni ckp "Oh awk sekolah tu ye? sekolah tu jabatan x hantar cikgu2 buat praktikal sbb blacklist".  Blacklist sbb dadah ke? xde la..setahu sy, bdk2 sekolah ni byk bergado je, kalau lwn sukan dgn sekolah lain mesti bergado, sape lg...si penyokong la,haha.

Berbalik kepada focus point kt, DADAH. Ad satu masa tu org pggl sekolah kitorang ni Sekolah Seri Dadah, time tu kalau pegi mane2 pn telinga kene la thn panas sbb semua org cop camtu.  Actually, ad satu kes, tu pn bkn bdk sekolah ni punya keje, polis jumpa stok dadah kt dalam sekolah.

Kwn2 yg ade kaitan dgn DADAH td? yg dipenjarakan je, harap diorang berubah la pasni & kepada yg bakal di gantung tu, semoga dia bertaubat. Sama2 lah kita renunginya. Yang baik itu daripada Allah SWT & yang buruk itu datang daripada diri kt sendiri.


p/s: slmt berpuasa & selamat beramal :)










Wednesday, August 3, 2011

Angry Birds Rio

Rio Ferdinand + Angry Birds = Angry Birds Rio??


Assalamualaikum
Gambar diatas ni hasil edit sy je, mane ade Rio Ferdinand jd Angry Birds. Sian dia,haha. Ni rupa sebenar game tu.



Btw sy baru je main game ni arini (agak lambat la). Confirm la ad sedikit perubahan, contohnya Khinzir Hijau tu dh tuka jd Monyet yg sy rasa 2x ganda lebih annoying. Try lihat gambar di bawah ni. B4 Monyet tu jatuh, dia akan menggelabah, kelakar taw,haha.


So? ape lg, download la, kt bawah ni sy ada attach skali link download, tp torrent download la.  Make sure korang x update game tu time updater soh update.  And lagi satu, kalau ad antivirus, off la jap, sbb antivirus akan detect PATCH game ni sebagai virus, tu je la kot. Enjoy the game! :)

UPDATED: GOT MEDIAFIRE LINK :)



Wordless Wednesday #3

source: Google.com


Bagi 3 perkataan utk describe gambar diatas :)





Sahur Time!



Assalamualaikum, 
Maaf dh lama x on9, xde idea..dh kering..hehe
Btw sy nk ucapkn Selamat Berpuasa utk semua umat Islam diluar sane x kira warna kulit & bangsa.

Sy baru je lepas tlg mak buat roti john utk sahur ni. Roti john utk sahur? xde la pelik sgt kot, sbb ad yg x ske mkn nasi pagi2, so mak pn buat la roti john utk sahur.

So kt sini nk tayang la roti john tu, xleh nk tgk sgt la sbb sy dh bungkus dgn tisu, lg satu xnk ad yg terliur time berpuasa nnt..hehe :P



p/s: Tasmanian Devil di dalam gambar adalah satu-satunya syaitan yg terlepas di bulan puasa ni,huhu






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...