Friday, June 6, 2014

PUMA: Kucing di Kakiku!



Hai! susah kan nak tgk sy post skarang ni? sangat bz..minta maaf banyak-banyak.

PUMA? nak cerita pasal binatang ke? takde la..nak cerita pasal brand PUMA ni. Kepada yang tahu, pengasas PUMA ialah abang kepada pengasas jenama ADIDAS, ya mereka berkongsi nama keluarga yang sama iaitu Dassler (Adi Dassler = Adidas).

Bagi sy, sy lebih menggemari jenama PUMA kerana sy sudah bosan dengan ADIDAS dan tiga garisnya. Buat masa ini saya mempunyai 3 pasang kasut PUMA, 1 kasut futsal, 1 kasut jogging, dan 1 kasut untuk dipakai ketika berjalan-jalan. Salah satunya ialah yang saya pakai seperti gambar di atas post ini.

PUMA merupakan salah satu jenama antarabangsa yang mengeluarkan rangkaian barangan sukan yang berkualiti untuk lelaki dan wanita. Sering dibandingkan dengan jenama-jenama sukan terkemuka yang lain seperti Adidas dan Nike, PUMA masih relevan di pasaran dan mempunyai penggemar yang tersendiri, seperti sy :)

Setelah berdekad membawakan pelbagai koleksi barangan sukan yang berkualiti seperti 
pakaian sukan, kasut sukan, beg sukan dan aksesori sukan, anda kini boleh menemui koleksi 
barangan PUMA di serata dunia. Buat masa ini ramai lebih gemar membeli secara online dan laman web online, antara yang popular ialah melalui laman web Zalora.

Seperkara lagi, harga yang ditawarkan oleh PUMA bagi setiap koleksi barangan sukan adalah 
berpatutan dan boleh dikatakan agak murah jika hendak dibandingkan dengan jenama-jenama 
sukan antarabangsa yang lain. So, apa yang anda tunggu lagi? Buat pembelian barangan sukan 
anda bersama PUMA di ZALORA Malaysia sekarang. Segalanya menjadi mudah apabila anda 
memilih untuk membeli-belah secara online di ZALORA

Jadi apakah keistimewaan barangan PUMA berbanding barangan sukan daripada jenama-
jenama yang lain? Menyentuh mengenai kualiti, majoriti berpendapat bahawa setiap barangan 
sukan yang dihasilkan oleh PUMA adalah dijamin berkualiti tinggi dan boleh digunakan dalam 
jangka masa yang panjang. Selain diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi, setiap satu 
barangan direka khas dengan ciri-ciri keselamatan dan sokongan untuk memastikan aktiviti 
sukan anda berjalan lancar. PUMA juga terkenal dengan kolaborasinya dengan Ferrari, Ducati, BMW, dan Mercedes.

Apabila menyentuh berkaitan rekaan yang dihasilkan bagi setiap barangan, PUMA tidak pernah 
mengecewakan para penggemar dengan menawarkan koleksi barangan sukan dengan rekaan 
yang terkini. Justeru, anda bukan sahaja memiliki prestasi sukan yang cemerlang, malah 
penampilan yang bergaya dan mengikut trend terkini.

Sy amat setia dengan barangan PUMA dan dengan jenama itu sendiri, buktinya? sila lihat gambar di bawah ini.

PUMA di tingkap kereta saya :)




Thursday, April 10, 2014

Monopod KL



Salam, saje nk selit skit brg dagangan.
Kt sini sy ad jual monopod, warna hitam dan pink sahaja (bracket disediakn).Harga RM50 tak termasuk post, COD di Bangsar dan PJ sahaja.

Friday, April 4, 2014

Tersurat dari yang Tersirat

Mungkin nampak sedikit sastera tertera di tajuk, mungkin anda salah kerana saya ingin menunjukkan sesuatu yang lain.

Maksud ayat di atas dalam konteks post saya ini ialah 'saya pergi somewhere untuk snap gambar lain, tapi gambar lain yang saya dapat'..haaa tak terlalu sukar untuk difahami bukan.

Ok straight to the point, saya ada 2 keping gambar untuk ditujukkan, sebenarnya saya ke Putrajaya untuk melihat belon udara panas tetapi saya mempunyai masa yang terhad.  Kebetulan belon udara panas hanya ditunjukkan pada waktu petang so saya tiada pilihan melainkan untuk mencari sesuatu yang lain untuk di fotokan.

Bebelon
 Sebenarnya gambar di atas ini saya tangkap secara rawak dan tidak terlalu fokus, tetapi apabila saya lihat di laptop saya rasa gambar ini agak menarik.


Bintang, Matahari dan Bulan
Gambar yang terhasil daripada exposure kepada cahaya yang tampak seperti bintang, bulan dan matahari.

Thursday, January 2, 2014

Hello 2014!!!!

Salam
Utk thn baru ni sy berazam utk berblogging semula, sebab? sebab sy ske luah perasaan sy..percayalah, anda tak mahu melihat wall anda di FB dipenuhi dgn tulisan sy.
So ni la 1st post sejak sy abes blaja, sejak sy naik pangkat, sejak berkereta, sejak putus cinta, sejak ayah pulang ke rahmatullah, sejak jd anak yatim, sejak anak buah kesayangan sy mula bersekolah..see..mcm2 berlaku sejak sy menghilangkan diri seketika dari gelanggang penulisan maya ni.
So apa plan utk 2014? apakah trend blogging utk thn ni?  still cerita pasal diri sendiri? still berdoodle? Sy pn tak tahu..so anggap la ni sebagai satu ‘HAI’ dari pihak sy utk membersihkan blog yg dh bersawang ni.
Oh ya, akan renovate ini rumah. Sila hello2 sy kalau ad event2 anda di area KL & Selangor, cuba utk menghadirkan diri. So takecare semua dan assalamualaikum.

Blogging via BlackBerry Z10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...