Friday, December 30, 2011

Malam Pertabalan



Malam pertabalan siapa plak ni? Sultan dah ditabalkan...
Ohh? saja nk story pasal Malam Pra Graduasi yg bertemakan Business D'Royale ni.  Pada malam ni saya 'ditabalkan' sebagai Hang Tuah.  Hang Tuah? ya, Hang Tuah..dpt Anugerah Hang Tuah a.k.a Best Male Dress.

Walaupun tak dpt menang King of the Night, dpt Hang Tuah ni pun ok la.  Saya dtg pn saja suka2, al-maklumlah dh final year student.  Pastu baju pn sewa last minit, thanks kpd Cik Joyah (jiran lama) saya di Meru.  Dapat sewa murah, kemenangan pn dapat,haha.  Btw sapa2 nk sewa baju bole la contact dia melalui saya. Apa2 roger saya je ar. Ok saja nk tunjuk gambar sebenarnya, enjoy the view! :)



caption: me + classmates

p/s: ramai komplen sy x senyum dlm gmbr..sorry, x reti smile..huhu


Tuesday, December 27, 2011

Aku Diriku Duniaku


Salam
Ya kali ni saya dh join segmen Kakyong.com, iaitu Segmen Rerama Berterbangan.  Disini saya sertakan 5 Fakta tentang diri saya. Enjoy!

5 FAKTA DIRIKU:

  1. Kalau boleh nk selesaikan problem sorang2
  2. Penyayang
  3. Suka bersukan
  4. Peramah
  5. Kreatif

An Untold Story of Puncak Alam: Chapter 1 - Kick Start !


Ya, subjek sama, tapi tukang cerita yg berbeza...tiada kaitan dgn cerita si tukang cerita sahabatku Saiful Zamir, ini adalah dari sisi pandanganku..

Apa yg misteri & kisah disebalik Puncak Alam?
Ok ni pengenalannya, dari sudut kaca mata aku yg kurang tahan silau ni, Puncak Alam merupakan kejiranan yg sangat sunyi, bunyi cengkerik mahupun bunyi katak sekalipun akan kedengaran jelas pabila malam menjelma.

Penghuninya kebanyakan warga emas yg rata-rata sudah pencen.  Jiran pula adalah sgt berbeza perangainya dari tempat yg aku huni sekarang ini, kebanyakannya suka berdiam diri dan tidak menegur.

Budak sekolah pula bermotor ke sekolah, untung lah budak sekolah zaman sekarang, manja tidak berjalan kaki dan berbasikal ke sekolah, disorongkan pula dgn motosikal..efeknya? lambakan mat rempit di depan Petronas dan juga di Fasa 4.. Penunggang motosikal di sini serupa dgn di Meru, tidak berhelmet malahan berpacakan dan beradu jentera jua...

Tempat tumpuan pelajar pula berkisar di Medan/Benteng dan Ali Rojak.  Ali Rojak pada sebelah petang dan Medan di sebelah malam, tempat bergosip dan bersantap bersama rakan-rakan.

Tapi setiap yg cacat ada cantiknya, terutama keindahan di Bukit Batu Fasa 1 dan sekelilingnya yg majoritinya penuh tumbuhan hijau. Sungguh mengasyikkan, keindahan ciptaan Allah SWT yg Maha Esa.

p/s: Nantikan Chapter 2: Karektor dan Wajah-wajah Puncak





Sunday, December 25, 2011

TRAGEDICINTABENCI







TRAGEDICINTABENCI


Ya, aku pernah berkata..pintu hatiku sukar dibuka
Kuncinya entah dimana, seringkali aku mencarinya terpinga-pinga
Tiba harinya, datang seorang perawan, mengetuk kuat pintu hatiku...
Lalu sedikit terbuka, hinggakan ternampak isi hatiku..


Ya, mungkin niatnya hanya sebagai persinggahan, namun hatiku kuat berkata
“YA MUNGKIN SUDAH SAMPAI MASANYA”
Tapi bila malam mula menjelma, si dia menyusup keluar..
Lidah ku kelu tanpa kata2, kerna si dia beredar tanpa sebarang khabar berita


Tapi mungkin seperti yg diduga, pisang berbuah kali kedua
Walau hati hiba dan duka, ku tetap gagah..
Melawan pilu dihati, kerna diriNYA slalu berada
Ku sujud dan berdoa tanda berserah padaNYA
Kerna tiada yang esa selain diriNYA






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...