Thursday, August 16, 2012

Info 101: What Is Section 114A Amendment?

Ok kali ni tajuk post in English la sbb tulisan dalam gambar ni pn in English. Sebab apa aku pilih gambar ni, aku rasa gambar ni boleh menerangkan segalanya.

source: Paultan.org (click picture to enlarge)

Masih tak faham? ok la..gi kt blog ni, ada penerangan in Malay yg panjang dan lebih detail. Click nescafeais.com.


p/s: be careful of what you type/write on your blog, FB or any social media after this

Van Persie..Now Made of Manchester!


Ok dari gambar yg diedit yg mengambil masa tak sampai 10 minit ni, anda boleh lihat Robin Van Persie sudah berada di dalam skuad Manchester United. Problem?? GGMU!

Buat masa ni dikatakan beliau telah menandatangani kontrak lebih kurang 24 juta dan akan menjalani medical checkup pada Khamis ini. Semoga berjaya..GGMU!


p/s: 1st time guna label Whizart utk gambar, aku rasa photography dgn editing kene guna label yg berasingan..hoho

Monday, August 13, 2012

Metallica Di Aidil Fitri

Salam...adakah ini benar? bagi peminat kipas susah mati Metallica, berita ini mungkin berita yg menyedihkan mereka. Bila sebuah kumpulan lagenda seperti Metallica menukar genre muzik, ianya umpama penyanyi nasyid menjadi penyanyi dangdut, jadi suatu kontroversi. Ok marilah tgk videoclip ini, ianya satu-satunya bukti bahawa Metallica menyanyi lagu raya. Chill :)





p/s: ianya sekadar hiburan...nice video kan?hehe

#Olympic Facts: Nama Unik


Tamat sudah Sukan Olimpik London 2012 dan bermulanya Sukan Paralimpik. Ok saja nk inform kt sini beberapa nama atlit yg agak menarik dan fakta berkaitan mereka.


Atlit No.1: Saeid Mohammadpourkarkaragh

Ok, tengok pada nama pn dah tau kenapa nama dia ni unik. Antara nama atlit yg terpanjang pada temasya kali ini. Nak sebut pn susah...apekan lagi nak mengejanya.  Antara orang yg namanya setanding Arnold Schwarzenegger....SUSAHNAKEJA!

Atlit No.2: Coolboy Ngamole

Budak Sejuk? dah macam bedak sejuk daaa...haha.  Ok namanya mungkin bunyi "COOL" tetapi mungkin tidak orangnya.  Atlit Marathon ini yg mempunyai nickname SNOOP DOGG telah terbaring di jalan semasa acara Marathon berlansung akibat kepenatan ataupun mungkin kepanasan? Coolboy became HOT! haha.


p/s: pasni tgk EPL plak...GGMU!

Saturday, August 11, 2012

Jadual Duit PTPTN Masuk Kocek!

Mesti anda tak sabar kan? jadual ni untuk pelajar Ijazah, Sarjana dan PHD di pelbagai IPTA di seluruh negara.  Sila betulkan jika saya silap. Ok leh check jadual kt link di bawah ni.

JADUAL PTPTN 


p/s: meh blanje skit :P

Mesej Kepada Johari Pain

Siapakah Johari Pain? dia bukanlah orang yg cipta Johari Window atau seorang yg berfikir panjang. Dia menjadi legend dalam masa yg singkat.  Kepada yang tidak tahu, dia lah org yg mahu kerat anu nya jika Pandelela Rinong memenangi pingat.  Sian dia kene pressure, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? pe2 pn ni kata-kata peransang yg mungkin sesuai untuk dia.


NO "PAIN" NO GAIN


p/s: semoga berjaya bro..activekan balik la FB tu..haha

Swag Update #01 : Everybody's Changing




HEADLINE NO.1: Lil Wayne Quit Rapping for Skateboarding?

Baru-baru ini, Lil Wayne, seorang rapper yg penuh dengan kontroversi telah menyatakan hasrat beliau untuk bersara dari dunia muzik.  Bagusla jgk dia berhenti, ramai gak kutuk dia ni. Antara perkara yg dia buat yg annoying adalah bermain gitar secara miming. Nak jadi guitarist la...sekarang nak jadi skateboarder plak? lihat gambar diatas..nilai sendiri dia boleh skate ke tak..haha :P



HEADLINE NO. 2: From DOGG to LION?

Ni lagi sorang yg berubah, dari Gangsta Rap ke Reggae dan dari Anjing ke Singa? Perubahan beliau yg ketara ni telah buat aku tak berhenti gelak selama beberapa hari. Nama baru = SNOOP LION!. Perubahan yg sinonim dgn tabiat buruk beliau yg suka smoke weed.  Lepas ni kalau dia nk nyanyi lagu genre lain, mungkin dia akan jadi Snoop Kitty atau Snoop Bird dsb? Who knows...


p/s: mungkin mereka ada sebab untuk berubah, dan semua orang pun ada sebab yg sama.




Monday, August 6, 2012

orang roket saku!


Orang roket saku? oh aku maksudkan Pocket Rocket Man Malaysia, yakni Azizulhasni Awang.  Beliau antara harapan emas Malaysia di Sukan Olimpik London 2012 ni.

Apekah itu poket roket? term ni merujuk kepada something yg laju seperti roket tetapi berfizikal kecik, contoh mcm Azizulhasni Awang tu sendiri.  Term ni juga bole di apply kpd kereta atau kenderaan kecil yg sangat laju dan kuat enjinnya.

Oh tadi dia dh kalah acara SPRINT kn? tak mengapa..dia masih ada acara feveret dia iaitu acara KEIRIN. Jom support beliau, letak hashtag #pocketrocketmanCAN bila Tweet ya? GO GO AZIZULHASNI!

p/s: dah lama tak main beskal..bole jadi pengganti mamat ni tak? :P

Sunday, August 5, 2012

Entri Masuk Bakul Angkat Sendiri #01


Ok saja nk tunjuk sedikit gambar dari keje-keje photography yg aku buat secara kecil-kecilan. Hope korang suka la ye..kalau suka apa kata like page kt FB, Ekmalphoto 


     

Mengikut motto aku, aku menyediakan perkhidmatan di dalam range harga bajet. So kalau sedang berjimat, bole la hubungi aku, so rajin-rajin la check album Ekmalphoto kt page FB.

p/s: meh la komen skit ok ke tak? huhu

Saturday, August 4, 2012

Mencari ALIA..


Mencari ALIA? Alia mane plak yg aku cari pagi2 buta nih....Alia Najid? tu bukan..tu bdk kelas A time aku diploma dulu...Alia Nabila? tu mmg cantik..tapi tetap bukan Alia yg aku cari.

Ok, kita bole anggap la dia ni kawan lama aku.  Dia seorang yg berdarah campuran Melayu + Cina.  Last time aku dpt contact dia via phone, time tu aku masih ingat, aku kt Bukit Bintang.  Urm dlm 4 tahun lepas kot?haha

Apa yg membuatkan kitorang lost contact? mungkin perangai aku yg menjengkelkan, dia yg mintak stop contact, mungkinlah...

Ok la..ni je yg aku nak bebel pagi2 ni..so kepada Norul Alia, di manapun kamu berada, hope kamu baik2 sahaja :)

p/s: arghhh sangkut satu paper! kene supplement paper la plak..arghghghghghghhhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...