Friday, June 6, 2014

PUMA: Kucing di Kakiku!



Hai! susah kan nak tgk sy post skarang ni? sangat bz..minta maaf banyak-banyak.

PUMA? nak cerita pasal binatang ke? takde la..nak cerita pasal brand PUMA ni. Kepada yang tahu, pengasas PUMA ialah abang kepada pengasas jenama ADIDAS, ya mereka berkongsi nama keluarga yang sama iaitu Dassler (Adi Dassler = Adidas).

Bagi sy, sy lebih menggemari jenama PUMA kerana sy sudah bosan dengan ADIDAS dan tiga garisnya. Buat masa ini saya mempunyai 3 pasang kasut PUMA, 1 kasut futsal, 1 kasut jogging, dan 1 kasut untuk dipakai ketika berjalan-jalan. Salah satunya ialah yang saya pakai seperti gambar di atas post ini.

PUMA merupakan salah satu jenama antarabangsa yang mengeluarkan rangkaian barangan sukan yang berkualiti untuk lelaki dan wanita. Sering dibandingkan dengan jenama-jenama sukan terkemuka yang lain seperti Adidas dan Nike, PUMA masih relevan di pasaran dan mempunyai penggemar yang tersendiri, seperti sy :)

Setelah berdekad membawakan pelbagai koleksi barangan sukan yang berkualiti seperti 
pakaian sukan, kasut sukan, beg sukan dan aksesori sukan, anda kini boleh menemui koleksi 
barangan PUMA di serata dunia. Buat masa ini ramai lebih gemar membeli secara online dan laman web online, antara yang popular ialah melalui laman web Zalora.

Seperkara lagi, harga yang ditawarkan oleh PUMA bagi setiap koleksi barangan sukan adalah 
berpatutan dan boleh dikatakan agak murah jika hendak dibandingkan dengan jenama-jenama 
sukan antarabangsa yang lain. So, apa yang anda tunggu lagi? Buat pembelian barangan sukan 
anda bersama PUMA di ZALORA Malaysia sekarang. Segalanya menjadi mudah apabila anda 
memilih untuk membeli-belah secara online di ZALORA

Jadi apakah keistimewaan barangan PUMA berbanding barangan sukan daripada jenama-
jenama yang lain? Menyentuh mengenai kualiti, majoriti berpendapat bahawa setiap barangan 
sukan yang dihasilkan oleh PUMA adalah dijamin berkualiti tinggi dan boleh digunakan dalam 
jangka masa yang panjang. Selain diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi, setiap satu 
barangan direka khas dengan ciri-ciri keselamatan dan sokongan untuk memastikan aktiviti 
sukan anda berjalan lancar. PUMA juga terkenal dengan kolaborasinya dengan Ferrari, Ducati, BMW, dan Mercedes.

Apabila menyentuh berkaitan rekaan yang dihasilkan bagi setiap barangan, PUMA tidak pernah 
mengecewakan para penggemar dengan menawarkan koleksi barangan sukan dengan rekaan 
yang terkini. Justeru, anda bukan sahaja memiliki prestasi sukan yang cemerlang, malah 
penampilan yang bergaya dan mengikut trend terkini.

Sy amat setia dengan barangan PUMA dan dengan jenama itu sendiri, buktinya? sila lihat gambar di bawah ini.

PUMA di tingkap kereta saya :)




2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...