Friday, December 30, 2011

Malam Pertabalan



Malam pertabalan siapa plak ni? Sultan dah ditabalkan...
Ohh? saja nk story pasal Malam Pra Graduasi yg bertemakan Business D'Royale ni.  Pada malam ni saya 'ditabalkan' sebagai Hang Tuah.  Hang Tuah? ya, Hang Tuah..dpt Anugerah Hang Tuah a.k.a Best Male Dress.

Walaupun tak dpt menang King of the Night, dpt Hang Tuah ni pun ok la.  Saya dtg pn saja suka2, al-maklumlah dh final year student.  Pastu baju pn sewa last minit, thanks kpd Cik Joyah (jiran lama) saya di Meru.  Dapat sewa murah, kemenangan pn dapat,haha.  Btw sapa2 nk sewa baju bole la contact dia melalui saya. Apa2 roger saya je ar. Ok saja nk tunjuk gambar sebenarnya, enjoy the view! :)



caption: me + classmates

p/s: ramai komplen sy x senyum dlm gmbr..sorry, x reti smile..huhu


Tuesday, December 27, 2011

Aku Diriku Duniaku


Salam
Ya kali ni saya dh join segmen Kakyong.com, iaitu Segmen Rerama Berterbangan.  Disini saya sertakan 5 Fakta tentang diri saya. Enjoy!

5 FAKTA DIRIKU:

  1. Kalau boleh nk selesaikan problem sorang2
  2. Penyayang
  3. Suka bersukan
  4. Peramah
  5. Kreatif

An Untold Story of Puncak Alam: Chapter 1 - Kick Start !


Ya, subjek sama, tapi tukang cerita yg berbeza...tiada kaitan dgn cerita si tukang cerita sahabatku Saiful Zamir, ini adalah dari sisi pandanganku..

Apa yg misteri & kisah disebalik Puncak Alam?
Ok ni pengenalannya, dari sudut kaca mata aku yg kurang tahan silau ni, Puncak Alam merupakan kejiranan yg sangat sunyi, bunyi cengkerik mahupun bunyi katak sekalipun akan kedengaran jelas pabila malam menjelma.

Penghuninya kebanyakan warga emas yg rata-rata sudah pencen.  Jiran pula adalah sgt berbeza perangainya dari tempat yg aku huni sekarang ini, kebanyakannya suka berdiam diri dan tidak menegur.

Budak sekolah pula bermotor ke sekolah, untung lah budak sekolah zaman sekarang, manja tidak berjalan kaki dan berbasikal ke sekolah, disorongkan pula dgn motosikal..efeknya? lambakan mat rempit di depan Petronas dan juga di Fasa 4.. Penunggang motosikal di sini serupa dgn di Meru, tidak berhelmet malahan berpacakan dan beradu jentera jua...

Tempat tumpuan pelajar pula berkisar di Medan/Benteng dan Ali Rojak.  Ali Rojak pada sebelah petang dan Medan di sebelah malam, tempat bergosip dan bersantap bersama rakan-rakan.

Tapi setiap yg cacat ada cantiknya, terutama keindahan di Bukit Batu Fasa 1 dan sekelilingnya yg majoritinya penuh tumbuhan hijau. Sungguh mengasyikkan, keindahan ciptaan Allah SWT yg Maha Esa.

p/s: Nantikan Chapter 2: Karektor dan Wajah-wajah Puncak





Sunday, December 25, 2011

TRAGEDICINTABENCI







TRAGEDICINTABENCI


Ya, aku pernah berkata..pintu hatiku sukar dibuka
Kuncinya entah dimana, seringkali aku mencarinya terpinga-pinga
Tiba harinya, datang seorang perawan, mengetuk kuat pintu hatiku...
Lalu sedikit terbuka, hinggakan ternampak isi hatiku..


Ya, mungkin niatnya hanya sebagai persinggahan, namun hatiku kuat berkata
“YA MUNGKIN SUDAH SAMPAI MASANYA”
Tapi bila malam mula menjelma, si dia menyusup keluar..
Lidah ku kelu tanpa kata2, kerna si dia beredar tanpa sebarang khabar berita


Tapi mungkin seperti yg diduga, pisang berbuah kali kedua
Walau hati hiba dan duka, ku tetap gagah..
Melawan pilu dihati, kerna diriNYA slalu berada
Ku sujud dan berdoa tanda berserah padaNYA
Kerna tiada yang esa selain diriNYA






Wednesday, November 23, 2011

Ibarat Keju Pulang ke Gagang

Marlon Alex James & Brendan Gan

Kenapa Keju dan bukan Sireh? Keju perumpamaan utk omputeh. Tetapi kenapa ada mamat Afrika dlm gambar? dia bkn putih? ignore je la..jgn racist sgt...maksud aku kt sini org asing la..

Marlon Alex James, striker legend Kedah, dikatakan akan bermain semula utk pasukan Kedah utk musim 2012-2013 nnt. Bekas penerima Anugerah Kasut Emas Liga Malaysia ini antara pemain import yg disayangi oleh penyokong Hijau Kuning. Treble utk dua musim berturut2? PRICELESS

Brendan Gan, salah seorang prospek utk bermain bersama Harimau Malaya sudah menandatangani kontrak bersama pasukan Sabah.  Berbapakan seorang rakyat Malaysia, dia mempunyai peluang bersama Harimau Malaya. Mungkin salah satu langkah beliau utk mendapat peluang bermain bersama skuad kebangsaan adalah bermain di Malaysia. Can't wait to see him, if ok why not bagi peluang kan? 

Dimana2 pn mereka pernah berada, mereka berpatah balik ke Malaysia, mungkin kerana keramahanan dan keindahan negara Malaysia. Maybe jela..

p/s: Hope Tadashi Takeda & Tam Sheang Tsun yg berada di Jepun pn akan terpanggil utk bermain di Malaysia


Thursday, November 10, 2011

ekmalphoto



Ni ar konon logo photography aku, ekmalphoto..nk ckp business, xde la sgt..buat masa ni buat utk kwn2 je la kot..

Ok la, just nk mintak support dari korang, tlg like page ni kt FB...

p/s: Click button like kt bwh ni, thanks kwn2

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #7: Tweet Of The Day

tweet by akak angkat sy & tweeted back by DJFuzz

For You I Would Go Through The Rain...

Aku sanggup redah ujan sbb pen nih, specifically Pilot G2 0.7 Black Ink, teman setia since Diploma..huhu

p/s: esok (Rabu) dan hari2 seterusnya aku ad test, wish me luck

Sunday, October 30, 2011

Photography: DATC

Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam on Convocation Day, 29th October 2011
(click on photo for full view)

Friday, October 28, 2011

Beruang di Kasut..SuperKawaiii!!




Koleksi kasut crossover  antara Adidas & JS (Jeremy Scott), koleksi kasut 2011 yg agak unik dan pasti dapat menarik pembeli terutamanya pembeli dari kalangan wanita.

Amat stylo, dan amat sesuai utk kwn2 yg kaki J-Pop & K-Pop.  Kalau M-Pop? maybe segan skit la sbb fesyen ni mcm agak menonjol skit, tp tetap KAWAII!!!

Yang mana satu jadi idaman hati anda? hehe :)

p/s: i love sneakers...

Safety on Two Wheels & Bahang Kematian Simoncelli



Kematian Marco Simoncelli, 24 adalah satu kehilangan besar dlm dunia permotoran. Mati ketika berlumba, dia yg juga sebaya aku merupakan antara pelumba yg dijangka akan menjadi juara dunia pada masa depan.

Ok kt xnk cte pasal camne dia mati, sbb sgt tragis.  Safety on two wheels, anda rasa sudah cukup selamatkah pelumba2 di dalam litar tu? pendapat aku? dh cukup safety dah. Dh pki harness bagai, racing suit pn kalis api, ade airbag lagi tu.  Pendapat anda pula bagaimana?

Bahangnya pula, al kisahnya camni..ad sorg kwn aku ni, dia nk pki moto besar, ala 250cc je..dh nk beli dh, but then sbb kematian Simoncelli ni, tbe2 family dia halang. Sedih la kwn tu.  

Ajal ada dimana2 kn? time tdo kalau Allah S.W.T nk tarik pn dia tarik je..x semestinya ketika atas moto je, so adakah sbb sorang kemalangan, org lain merasa tempiasnya? fikirkanlah...


p/s: safe ride to Y135C community yg nk ride ke Tanjung Piai pd weekend ni..enjoy your ride!

Sunday, October 23, 2011

Pernahkah?



Pernahkah orang menyakiti hatimu dan kau ingin membalasnya?


Pernahkah hidupmu terasa seperti sampah, terasa tiada makna utk hidup lagi?


Pernahkah kau terasa putus asa, umpama tiada jalan untuk keluar?


Pernahkah kau dipermainkan dan menyalahkan org yg mempermainkanmu?


Pernahkah?


Pernahkah kau terfikir, semua yg terjadi itu ada hikmah disebaliknya...


Pernahkah kau terfikir, ramai menyayangi dirimu....


Pernahkah kau terfikir, setiap perbuatan itu ada balasannya...


Pernahkah kau terfikir, Allah itu Maha Adil...


Sudahkah kau berfikir??




copyright: ekmal 2011


Friday, October 21, 2011

Perlanggaran Bintang Neutron























source: Google.com


Assalamualaikum

Perlanggaran Bintang Neutron? errr sebernarnya Neutron Star Collision, antara lagu faveret aku, dimainkan oleh band Muse..
Korang leh dengar lagu ni dlm cte Twilight (x ingat yg mane satu), saja nk kongsi..hope korang ske la, enjoy!




I was searching
You were on a mission
And our hearts combined like
A neutron star collision


I have nothing left to lose
You took your time to choose
Then we told each other
With no trace of fear that


Our love would be forever
And if we die, we die together
And I, I said never
'Cause our love would be forever


The world is broken
And halos fail to glisten
You try to make a difference
But no one wants to listen


Hail the preachers, fake and proud
Their doctrines will be cloud
Then they'll dissipate
Like snowflakes in an ocean


Love, is forever
And we'll die, we'll die together
And I, I said never
'Cause our love could be forever


Now, I've got nothing left to lose
You take your time to choose
I can tell you now
Without a trace of fear


That my love will be forever
And we'll die, we'll die together
And I, I will never
'Cause our love will be forever

p/s: thanks to 'u', sbb kenalkn lagu ni kt sy..huhu


Tuesday, October 18, 2011

Lukisan pilu sekeping hati..




Jiwang?oh bukan diri sy la kot jiwang2 ni (yeke?), well kalini nk promote skit zine (bkn zine knowledge skinhead, punk etc.), tp zine jiwang yg dihasilkan oleh sahabat sy, Wan Hamizi.

Oh ya, zine ni berjudul Lukisan pilu sekeping hati (cinta yang pergi...)

Untuk review ni, sy letak salah satu karya di dalam koleksi beliau ni..enjoy :)

malam kelam  14/10/2011


malam diterangi bulan...
ditemani bintang..dan aku terus kesepian...
duduk seorang...menggapai awan dengan harapan...
tangan tak sampai...hanya khayalan..


memikir jauh merenung bulan..
malam terus malam...
hati makin kelam..
sama seperti malam..






copyright: wan hamizi 2011

p/s: sila bagi komen yg membina ye? tq..:)

Tuesday, October 11, 2011

Safee on Soccerbible.com Weekend Boot Spotting


Hero Malaya, Super Safee di website Soccerbible.com.  Hebat kn? Oh dia mmg hebat pn, atas satu dua tiga level dari player Malaysia yg lain. Soccerbible.com ni bkn tempat Injil org Kristian tu, tp tmpt info berkaitan boot bolasepak dari pelbagai jenama, review dan sebagainya. Check it out, CLICK HERE

p/s: love this colourway, better dari colourway yg Rooney pakai skarang ni


Sunday, October 9, 2011

ekmal's everything? semua ke aku cte?

Just a simple post la, perhaps...aku ad cte semua ke pasal aku kt sini? kalau check2 balik, dh lama aku x cte tentang diri aku..entah la, bkn tanak cte..xde mende nk cte, nk kenang ataupun nk dirintih..hidup turun naik, tunggang langgang tu biasa la..wish me luck, doakan byk2..amin~

p/s: trying to be better person..


Friday, October 7, 2011

Australia vs. Malaysia, Your Prediction?


Assalamualaikum
Game yang ditunggu2 oleh peminat bolasepak Malaysia. Jangan lupa utk tgk match ni kt Astro Arena dlm pukul 5 ptg mcm tu.

Harapan aku? hope Malaysia dpt bertahan selama mungkin & x dok diam bertahan sahaja..serang la weyh, pastu kalau kalah pn aku still support Malaysia, takkan nk support Uganda plak.

Prediction aku? Australia 3 - 1 Malaysia. Prediction Goal.com? seperti di bawah ini...byk sgt kn? melampau la weyh!


Mari support Harimau Malaya! Letak la header Harimau Malaya atau vertical banner kt sidebar ..CLICK HERE TO SUPPORT (ADD BANNER & HEADER) :)

p/s: kene blk awal nih, nk tgk bola kt rumah..

Bad Meets Evil? Who?? What?


Assalamualaikum

Nak intro skit kt korang duo Bad Meets Evil ni.  Siapa mereka ni? anda semua pernah dengar lagu Lighters? sure ramai yg akan cakap tu lagu Bruno Mars. Lagu tu lagu Bad Meets Evil ni, tapi featuring Bruno Mars.

Ok la, Bad Meets Evil ni rap duo yg berasal dari Detroit. Dianggotai Eminem (Evil) dan Royce Da 5'9" (Bad).  Diorang ni dh lama bekerjasama, since 1999 lg, semenjak album pertama Eminem lg. Diorang ni pn baru je berbaik semula selepas berbalah utk beberapa tahun, so kuar la album baru diorang ni, Hell:The Sequel.


Buat masa ni aku paling ske layan lagu Lighters, muzik best, suara merdu Bruno Mars, lirik Eminem yg mantap dan rap Royce yg agak mellow tp agak catchy..nak layan? meh download..sy dh letak link kt bawah ni..enjoy kwn2 :)

MEDIAFIRE

p/s: lagu pertama yg diorang collaborate dlm 1st album Eminem tajuk dia Bad Meets Evil...


Thursday, October 6, 2011

Samsung vs. Apple

source: Technobullafo.com

Galaxy SII vs. iPhone 4S, Android vs. iOS...suatu perdebatan yg sangat hangat diperkatakan...tetapi kali ni sy nk cte pasal Samsung vs. Apple.

Baru2 ni, Samsung diperkatakan mahu menyaman pihak Apple kerana dikatakan mereka meniru teknologi wireless Samsung yg dipatenkan.

Bukan itu sahaja, sebelum kes itu, pihak Apple pernah menyaman pihak Samsung kerana didakwa packaging Samsung Galaxy  meniru packaging iPhone & iPod.  Macam2 bukan? semuanya kerana ingin menghalang satu pihak daripada terus menjual produk mereka yg laris mcm pisang panas itu.

Samsung ke, Apple ke, dua2 company ad kelebihan tersendiri. Terpulang la kepada kehendak masing2...oh ya, takziah utk Steve Jobs yg telah menjadi mendiang.

p/s: Mungkinkah Steve Jobs passed away sbb cubaan menyaman oleh Samsung? just sayin :P



Saturday, October 1, 2011

SEGMENT JUST GOOGLE IT- AZURIN RAMLI


Assalamualaikum
Dh lama x join mane2 segmen @ contest, kali ni saya join segmen yg dianjurkan oleh belogjuryn.blogspot.com..xde niat nk menang ke ape, just for fun ok? :)

Ok la, seperti syarat yg ditetapkn, saya kene letak syarat2 segment ni, iaitu seperti berikut;


SYARAT ?
2. copy banner atas tue,link kan sekali kat entry nie
3. buat entry dengan tajuk SEGMENT JUST GOOGLE IT- AZURIN RAMLI
4.masuk kan SYARAT sekali dalam entry korang tue
5.hantar link entry korang kat komen box aku kat entry nie.

SOALAN:

1. Nickname




2. Age


3. Hobby(s)



4. I Want To Be?


5. I Love To Eat?


6. I Wish I Can?




Friday, September 30, 2011

Snoop Dogg Support Malaysia?


Assalamualaikum

Kepada fans The Doggfather, S N Double O P D O Double G (Snoop Dogg) sure perasan dia ni ske pakai jersi team tempatan ble dia wat tour kt sesuatu tempat tu.

Kali ni dia pakai jersi team Cardiff City, x pasti la utk tour ape kn? x slh sy time Snoop Dogg Europe Tour 2011 ble dia landing kt UK. Utk makluman semua, owner Cardiff City F.C. ni Malaysian so dia letak la sponsor name as "MALAYSIA", bangga bukan?

Bayangkn superstar rapper pki jersi tertera nama Malaysia, nk ckp bangga, x jgk..just rasa Malaysia tu akan lebih dikenali la kot...hope so :)

p/s: kalau turun Malaysia dia pki jersi Kelantan? errr...

Thursday, September 29, 2011

handphone photography





Assalamualaikum
Hope semua sehat la...ptg ni ptg yg membosankn, nk main bola pn aku xde mood so aku saje je jln2 amek angin..

Then nmpk la awan yg agak cantik, DSLR pn aku x bwk so aku guna je hp aku, 3.2 megapixel je pastu shoot mode aku tukar jadi panorama.

Dan hasilnya adalah seperti gmbr yg di atas tadi..tu selepas di"PHOTOSHOP", kalau x edit pn still cantik lg, saje je gatal2 nk edit..lagi cantik, perhaps...

Hope semua ske la..komen2 la ye..bg la komen yg membina, thanks kwn2 :)

p/s: biasa la, gmbr snap guna hp, noise agak byk la :P



Wordless Wednesday #6: Pengganti


p/s: patah tumbuh, hilang berganti...utk headphone jela..gf?ntah ble..haha :P

Sunday, September 25, 2011

Foto Pertama Semester Ini




Assalamulaikum

Esok (Isnin), hampir 3 minggu pengajian bermula. Kalau di ikutkn rajin, dari 1st day dh take byk pic, lagi2 time diploma dulu, sehari ntah bape byk la gambar yg diambil.

Tadi, kami berlima pergi ke Plaza Alam Sentral dari Puncak Alam ni utk membeli lappy baru seorang kwn, ya rumah ni dh ad 2 buah lappy baru utk sem ni. Harga bole thn, kira mcm bargain la..puas hati membeli, err teman kwn membeli.

Pas beli lappy lepak mnm la ape lg, so time ni la foto pertama utk semester ni diambil, saja upload b4 tdo, esok ad kelas..nyte2 kwn2 :)

p/s: mari tdo....



Tuesday, September 20, 2011

Refreshhhh

SALAM

Dh lama x meletak kata2 kt blog ni.. sbb apa? entah la..dh kering idea la kot.
Pe2 pn hope korang still kenal aku yg x seberapa ni la..kuat merepek je lebih..
Salam hari raya pn aku x wish lg kn? aku nk ucapkn Selamat Hari Raya kpd blogger2 yg beragama Islam, x kira di mana jua anda berada dan kepada blogger2 non muslim hope korang enjoy la raya ni jgk, dpt mkn free kt mana2 pn kn?hehe

Ni je la kot...kelas pn dh start 2 minggu, kpd student2 di luar sana blajar rajin2..insyallah next sem aku dh practical, hope Allah S.W.T permudahkan perjalanan aku...amin..


p/s: nnt rajin2 aku blogwalk la blog korang..sory dh lama x aktif

Friday, August 26, 2011

Salam Takziah

Arwah Ali


Pagi ni aku dikejutkn dgn berita kematian gf kwn aku. Arwah mati akibat penyakit berkaitan usus, sama2 la kt doakan arwah beliau.

Bila cerita pasal arwah2 ni, sure aku terkenang kt sorg kwn aku ni. Aku panggil dia ALI. Dia ni aku dh anggap mcm abg aku sendiri. Beza umur arwah dgn aku 6 thn camtu, byk la mende yg dia ajar aku, antaranya berkaitan skate & moto.  Arwah meninggalkn dunia pada 26 Mei 2011, punca kematian beliau disebabkn oleh langgar lari.

Mlm td semasa lepak pn kitorang (aku & kwn2) ad berborak pasal dia. Dia kalau gi tarawikh sure buat full, hari2..semasa perkenalan, aku boleh ckp la dia ni mmg seorang yg baik, bila bercakap suara mmg x pnh tinggi, rajin tolong org lain.

Entah la..sedih gak bla ak dpt berita dia dh xde, lagi2 aku dpt tau lmbt...yg sempat tgk jenazah pn sorg je sbb pastu arwah tros dihantar ke Melaka, kt kg arwah.

Ali, aku rindu ko sgt2...aku dpt sedekahkn al fatihah je utk ko sempena Hari Raya Aidilfitri ni. Al-fatihah~

p/s: bb, klcc, times square, JB, bagan lalang, tmn paramount, mont kiara, tmn metropolitan, pantai dalam, plaza pantai, sungei wang...tmpt2 yg aku pernah travel & skate dgn ko..huhu



Thursday, August 18, 2011

Tutorial Mudah: FAVICON Untuk Blog Anda


source: Google.com

Assalamualaikum
FAVICON? ya favicon la, icon kecik yg kuar kt sebelah url blog korang tu.

Dh nama pn tutorial mudah kn? ianya adalah semudah 123, tak susah pn. Mari kt tgk step-step utk menghasilkan FAVICON utk blog.

1. Sediakan/download file gambar untuk dijadikan FAVICON. Better guna gambar yg size panjang dan lebarnya sama (simetri). Kalau x simerti pn bole.

2. Click ONLINE FAVICON GENERATOR

3. Select file, pastu click CHOOSE FILE. Browse file anda.

4. Selepas browse file, pilih size FAVICON anda, pilih la ikot kehendak anda, size 48x48 pn ok.

5. Tekan GENERATE. File akan auto download.

6. Open Blogger Dashboard.

7. Click DESIGN

8. Click Edit kt FAVICON bar.

9. Browse file yg telah didownload td.

10. Choose File pastu Save.

11. Enjoy! :)


FAVICON tak keluar? try delete cache web browser anda, guna CCleaner..dari pengalaman sy kalau guna Google Chrome FAVICON kdg2 ad kdg2 tak, kalau guna Mozilla Firefox masalah tu kurang sedikit la..

Jika ada apa-apa masalah, leh je contact sy, kt sini sy ada HADIAH, sy sertakan sedikit FAVICON yg sy telah buat di bawah ini. Hope korang semua suka :)

CLICK UNTUK DOWNLOAD

DOMO 
ELMO
LOVE
ROLLING STONE
SPONGEBOB

p/s: mudah ke susah?


Tuesday, August 16, 2011

Kuih Raya!


Assalamualaikum
Skarang ni, boleh diperkatakan kt dh berpuasa separuh bulan Ramadhan, dan bile dh separuh, bahang raya pn kian terasa.

Org ramai pn berpusu-pusu shopping di pusat bandar di negeri masing2, tetapi selain shopping  bju kuih juga penting.

Ok la, gambar di atas tu hasil tangan Mak sy, kire 1st batch kuih raya yg dia selalu buat tiap2 menjelang Hari Raya Aidilfitri la. Tart nenas ni siap kelmarin, now hari2 dia buat kuih. Nmpk sedap bukan? raya nnt singgah la rumah sy :)

p/s: dh lama Mak x buatkn baju raya saya, x ske baju beli2 ni..huhu



Monday, August 15, 2011

Iftar Bersama Rakan-Rakan






Assalamualaikum
IFTAR? ohh iftar ni dinner time bln puasa, berkumpul dan berbuka beramai-ramai.

Sy dan beberapa rakan semasa belajar bersama time blaja Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, UiTM Jengka dlu dh berkumpul kelmarin, mkn Pizza Hut kt Shah Alam.  Event ni patut dibuat kt tempat lain, dan sudah dicancelkn tetepi diwujudkn kembali last min, so yg datang pn x smpi 10 org.

Hope next time leh la kumpul ramai2, mcm time Diploma dulu..bbuka sama2...mcm ni ↓



Maybe ad yg perasan, sy ckp classmate, tp kenapa gambar yg di attach kt entry ni classmate lain2? sbb time Part4 & Part5, kelas B gabung dgn kelas C, jadi lagi ramai, mcm ni ↓


Pe2 pn, stiap bulan Ramadhan, kitorang pasti try berkumpul. Kenangan time Diploma sangatlah best, byk asam garam, rindu korang sgt2.

p/s: unite smpi lebam



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...