Saturday, January 15, 2011

Imam Masjid Bertukar, Ko Terbangun Tdo? Ish3x

Salam semua, saje nk post entry ni, bukan nk mempolitikkan isu atau menyemarakkan api perkauman, tetapi isu ni adalah something yg sensitif untuk umat Islam.

Artikel ni aku amek direct dari THEMALAYSIANINSIDER.COM, dan kenapa aku letak artikel ni? coz ianya berlaku kt area rumah aku dan berkaitan dgn perumahan aku. Peguam tu tinggal di bangunan apartment bersebelahan dgn bangunan umah aku.

Aku sebagai orang Malaysia kecewa kerana ade gak org camni, aku pn still leh faham kalau gereja ko berbunyi ke atau kuil ko tgh sembahyang, pandai2 la hormat org beb!

__________________________________________________________

Azan: Pekida, Perkasa mahu ‘peguam’ MCA ditahan ISA

TERKINI @ 09:08:54 PM 14-01-2011
January 14, 2011
Sebahagian daripada penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi berhubung isu azan petang ini. – Foto oleh Choo Choy may
KUALA LUMPUR, 14 Jan — Sekitar 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini, mengadakan tunjuk perasaan petang ini mendesak agar seorang peguam, yang didakwa menggesa penggunaan pembesar suara dihentikan, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kumpulan itu terdiri daripada anggota kumpulan NGO Pekida dan Perkasa mendakwa peguam terbabit menuntut agar masjid tersebut menghentikan penggunaan pembesar suara bagi tujuan azan.

Penunjuk-penunjuk perasaan berkenaan menamakan peguam terbabit, malah mempamerkan alamat rumah dan nombor telefonnya pada kain rentang ketika berdemonstrasi.

Pengerusi Pekida Lembah Pantai, Zakaria Awang mendesak individu itu ditahan kerana menghasut.

“Kami mahu dia ditahan di bawah ISA kerana mengancam keharmonian negara,” katanya.

Katanya, dia boleh mengubah kewarganegaraan jika mahu.

Malah kata beliau, peguam itu juga harus membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kumpulan itu juga mengedarkan salinan surat yang didakwa dihantar ke Pejabat Perdana Menteri meminta nada laungan azan menggunakan pembesar suara dikurangkan.

Dalam suratnya bertarikh 20 Disember 2010, peguam tersebut berkata dia ahlia MCA sejak 1998.

Katanya, dia tinggal di Pantai Hill Park sejak lima tahun lalu dan terjaga daripada tidur kerana laungan azan.

Dalam salinan surat yang diperoleh dari Internet, peguam itu berkata, “sebagai seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA sejak 1998, saya merasa amat kesal kerana sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas dari pihak Jabatan Perdana Menteri walaupun berkali-kali saya telah menulis surat menyuarakan masalah saya termasuk kepada JPA, MCA dan Gerakan.”

“Sebagai seorang penghuni yang telah lebih daripada lima tahun menghuni di Pantai Hill Park, saya sudah biasa kedengaran bunyi sembahyang subuh dari Masjid Al-Ikhlasiah yang berdekatan dan tidak menghadapi apa-apa masalah,” katanya.

Bagaimanapun kata peguam itu, sejak beberapa bulan lalu dia mendapati bunyi laungan azan tiba-tiba menjadi “amat lantang sehingga mengejutkan saya pada setiap pagi 5.45 pagi.”

“Ambil perhatian bahawa saya tinggal di tingkat paling tinggi iaitu tingkat 21, dan jarak Pantai Hill Park dari masjid tersebut adalah lebih kurang satu kilometer.

“Menurut khabar angin, imam yang baru telah ditukar ke masjid ini,” katanya.

Dia seterusnya menulis, “saya juga pernah menelefon pejabat polis Kuala Lumpur dan menurut pegawai atasan di sana, tiada sebarang peraturan atau undang-undang yang mengawal bunyi sembahyang masjid dan lagi kuat bunyi itu lagi baik, untuk mengingatkan lebih banyak Muslim tempatan bangun bersembahyang.”

“Saya menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi hak saya untuk tidur dan rehat serta bersembahyang agama sendiri dengan aman dalam permis persendirian juga harus dihormati.

“Saya berpandangan kekuatan pembesar di mana-mana tempat sembahyang tanpa mengira agama, mesti dikawal oleh pihak-pihak berkuasa tertentu, melalui peraturan yang saintifik dan rapi seperti pengiraan decibel (dB), tidak boleh mengatasi undang-undang,” katanya sambil menambah, “seperti di rumah kampung saya di Seremban, didapati bunyi masjid itu adalah lebih rendah dan terkawal.”

Difahamkan peguam itu pernah berkhidmat di pejabat bekas presiden MCA, yang ketika itu anggota Kabinet.

Peguam itu juga gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan sama ada menulis surat tersebut.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Kerinchi Fauzi Che Ahmad berkata peguam tersebut mesti menghormati sensitiviti masyarakat Islam.

Timbalan Pengerusi Pekida Lembah Pantai Sallehudin Yakob juga berkata perhimpunan hari ini bukan bermotifkan politik, tetapi mahu mempertahankan kesucian Islam.

“Kami tidak pernah mengadu apabila orang Cina membakar mercun di tengah malam.

“Kami tidak pernah bising apabila ia dibakar berjam-jama lamanya. Jangan bermain dengan api,” kata beliau.

Sekumpulan penunjuk perasaan minoriti menggesa kepala peguam itu dipenggal dan rumahnya dibakar.

Malah kumpulan itu juga menggesa Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menjelaskan pendirannya dalam isu ini.

Kemudian kumpulan itu mengibarkan bendera Pekida dan mula membakar beberapa patung sebelum tindakan mereka dihentikan oleh polis.

source: themalaysianinsider.com


p/s: amalan rakyat Malaysia ialah hormat menghormati, terima kasih



5 comments:

  1. hmm..kecoh jugak kan..

    tp dah kalau peguam tu tinggal dalam komuniti Islam, kena lah faham jugak. kalau kawasan tu luas, mmg lah azan perlu dikuatkan supaya org yg tinggal kt sekeliling blh dgr..

    sekadar pandangan dr saya je ;)

    ReplyDelete
  2. mary ann: khabar angin mengatakan peguam tu dh pindah dh, coz org semua dh taw no umah dia dgn no plet kete dia skali..hehe

    tu ar..walau mane pn kt tinggal, kene la hormat org, bak kata pepatah, kalau masok kandang kambing mengembek..

    pendapat yg agak menarik, thanks mary ann :)

    ReplyDelete
  3. RAJIN NYE AWK TULIS BERITA NI. KEEP IT UP!
    RASE NAK LEMPANG LAJU2 JE PEGUAM TU.

    ReplyDelete
  4. Miss Nurun: mal x tulis berita ni la, mal amek dari themalaysianinsider...
    peguam tu dh pindah kot..dgr khabar la..hohoho

    ReplyDelete
  5. melampau tu peguam nieh..kalau aku jumpe die...aku azan kuat2 kat telinga die..kehkehkeh...

    aku tertnye2..kite xpenah mengganggu gugat agama lain...but knp Islam sentiase menjadi sasaran agama lain??hmmm..

    semoge umat Islam bersatu..bersatu kite teguh..bercerai kite roboh..yeah..!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...