Wednesday, December 22, 2010

nak pilih sunglass? camne?



Kali ni post aku berkaitan something yg orang akan pakai ble cuaca agak panas terik.
Aku bkn la penjual on9, tetapi nak tolong korang memilih sunglass je,hehe.
Sunglass (atau pasni aku taip spek je) amat penting. Mengapa? selain untuk bergaya, ianya juga penting untuk menjaga panca indera kt yg penting iaitu mata.

Antara ciri-ciri yang mesti dipertimbangkan kt spek yg korang nk pilih tu ialah:

• Penapis UV
• Jenis lensa (plastik atau kaca)
• Jenis coating & tint
• Polarizer

Penapis UV adalah penting utk menjaga mata kerana cahaya ultraviolet yg berlebihan akan menyebabkan mata rosak. Jenis lensa yg perlu dipilih sama ada plastic polycarbonate yg lebih ringan ataupun kaca yg kuat tetapi berat.

Coating & tint juga penting untuk mengelakkan lebihan cahaya UV. Anda penah dengar transition lens? lens yg berubah warna mengikut paras cahaya. Jika anda seorang yang gemar outdoor activity dan mempunyai mata yang tidak tahan silau, dicadangkan anda menggunakan spek yg mempunyai polarizer. Apekah polarizer? mari kt tgk contoh kt bawah ni.



Nampak perubahannya? polarizer menapis cahaya sekaligus menjadikan pandangan anda lebih clear. Apabila anda memandu di dalam keadaan buruk, ianya merupakan satu kelebihan kerana anda dapat melihat lebih jelas.

Selepas ini jika anda melihat pemandu memakai spek pada waktu malam janganlah anda menggelakkanya kerana mungkin pemandu itu matanya silau akibat headlamp kereta yang bertentangan.

4 comments:

  1. pura pun ingat nak tukar spek..hehe..
    bukan sunglasses ye..hehe..
    pura nak pakai cermin warna pink..cantik x??
    ke biar standard putih je..huhu..

    ReplyDelete
  2. pink still cerah lg kan? kalau buat tint tu biar gelap skit..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...